Header Ads

Padah jumpa teman lelaki kenalan fb, Gadis 17 tahun dirogol bergilir-gilir

Kota Bharu: Tindakan seorang gadis mengikut teman lelaki yang baharu dikenali menerusi Facebook ke rumah sewa, mengundang padah apabila dir0g0l secara bergilir-gilir dalam kejadian di Kampung Geting dekat Tumpat.

Mangsa berusia 17 tahun itu menerima ajakan lelaki yang dikenali sejak dua minggu lalu itu, untuk berkunjung di rumah, sebelum menjadi mangsa rogol oleh pemuda itu jam 11.30 malam Jumaat lalu.    

Lebih malang, beberapa rakan teman lelakinya yang berada dalam rumah itu mengambil kesempatan mer0g0l mangsa secara bergilir-gilir, selepas mencekik leher mangsa itu yang cuba melawan untuk melepaskan diri.    
Mangsa hanya dihantar pulang ke rumah keluarganya di Pulau Panjang, Jalan Pengkalan Chepa pagi kelmarin oleh teman lelaki terbabit.

Remaja yang sudah tidak bersekolah itu kemudian memaklumkan kejadian terbabit kepada ibunya sebelum dibawa membuat laporan polis.

Namun, pemeriksaan perubatan mendapati gadis itu bukan setakat menjadi mangsa r0g0l terbabit, sebaliknya sedang mengandung dua bulan hasil hubungan terlarang dengan teman lelaki sebelum ini.    

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip, ketika dihubungi mengesahkan kejadian r0g0l yang menimpa mangsa.

Beliau berkata, susulan laporan diterima setakat ini polis sudah menahan lima lelaki di sekitar Tumpat, pagi semalam. - BHarian



Dikuasakan oleh Blogger.