Header Ads

Mati kerana menjual iPhone palsu

Seorang lelaki dari bandar ZhenZhou, Provinsi Henan mati ditikam sementara seorang lagi cedera parah kerana amukan seorang lelaki yang RAAAGEEE setelah membeli sebuah iPhone palsu. Menurut laporan Dahe Daily, Li mati selepas ditikam berkali-kali dibahagian kaki. Seorang lagi mangsa Zhang Guofeng pula ditikam dibahagian perut dan dada. Pembunuh dan juga mangsa penipuan yang hanya dikenali sebagai Feng (29) kini ditahan pihak polis tempatan

Cerita ini agak sadis. Feng mahu sebuah iPhone dan membeli sebuah "iPhone" dari seorang penjual telefon jalanan. Setelah membayar Yuan 2000 (Rm1000) beliau mendapati iPhone yang dibelinya sebenarnya sebuah iPhone palsu. Marah dengan penipuan yang berlaku Feng kembali ke pusat membeli belah untuk mencari lelaki yang menipunya. Walaupun pergi kesana selama beberapa hari untuk mencari si penipu, usaha beliau gagal. Lelaki yang menjual telefon palsu tempohari gagal dikesan.

28 Februari lalu beliau kembali ke pusat membeli belah dan melihat sekumpulan lelaki cuba menjual iPhone palsu kepada seorang lagi mangsa. Feng sempat menghalang penjualan dari berlaku. Beliau kemudian bertanya kepada penjual iPhone palsu ini sama ada mereka mengenali lelaki yang menipunya. Penjual iPhone palsu enggan bekerjasama dan ters membelasah Feng beramai-ramai. Mereka tidak tahu yang Feng ada membawa pisau dan dalam pergelutan beliau berjaya menikam mereka untuk mempertahankan diri. Penyerang Feng cuba melarikan diri apabila menyedari beliau mempunyai senjata. Li mati ditempat kejadi kerana pendarahan kerana ditikam pada bahagian kaki selepas terjatuh ketika cuba melarikan diri.


Dikuasakan oleh Blogger.