Header Ads

Lelaki Yang Mempunyai 3 Kaki Dan 2 Kemaluan

Francesco (Frank) Lentini telah dilahirkan pada tahun 1889 sebagai anak yang ke dua belas. Dia dilahirkan dengan tiga kaki dan dua kemaluan dan satu lagi kaki kecil tumbuh di lutut kaki ketiga. Jadi keseluruhannya, dia mempunyai tiga kaki, empat tapak kaki, 16 belas jari kaki dan dua kemaluan yang berfungsi dengan elok.

Apabila ibu bapanya mengetahui ketidak-sempurnaan diri Francesco, mereka tidak mengesahkan dia sebagai anak mereka. Jadi ibu saudaranya mengambilnya tetapi kemudian menghantar Francesco ke rumah kurang upaya. Di sana dia berjumpa dengan ramai lagi rakan OKU serta belajar untuk berjalan, luncur ais serta lompat tali.

Pada usia lapan tahun, Francesco telah berpindah dari Itali ke AS dan menyertai circus Ringling Brothers. Dia diberi nama The Great Lentini kerana dia menggunakan kaki ketiganya untuk menyepak bola dengan kaki ketiganya.

Selain itu dia juga dipanggil 'The Three Legged Football Player'. Dia berkahwin dengan Theresa Murray dan mempunyai empat orang anak. Francesco meninggal dunia pada tahun 1966 di Florida. Jom tengok koleksi beberapa gambar lelaki ni




Dikuasakan oleh Blogger.