Header Ads

Lelaki bogel jadi 'Spider-Man' Elak Ditangkap Di Rumah Pelacuran



KEGIATAN pelacuran di negara China agak berleluasa biarpun hukuman berat menanti mereka yang didapati bersalah mengusahakan perhambaan seks di negara itu.

Di bawah undang-undang negara komunis itu, mereka yang didapati bersalah boleh dihukum mati dengan ditembak oleh skuad penembak khas.

Disebabkan itu, setiap kali pihak berkuasa negara berkenaan melakukan serbuan, pasti akan huru-hara jadinya!

Baru-baru ini, sebuah rumah pelacuran di wilayah Jilin telah diserbu polis.

Seorang pelajar sekolah berjaya merakamkan suasana kelam-kelibut yang berlaku, termasuk bagaimana salah seorang pelanggan yang bertukar ‘Spyderman’ kerana hendak melarikan diri!

Lelaki itu memanjat bumbung bangunan dalam keadaan bogel kerana tidak sempat mengenakan seluarnya sewaktu pasukan polis memecah masuk salah sebuah bilik persundalan.

Turut dirakamkan pelajar sekolah itu adalah beberapa pelacur yang bertempiaran melarikan diri, juga dalam keadaan tanpa pakaian.

Mungkin mereka lebih rela mati jatuh bangunan dari terpaksa menerima peluru dari pasukan penembak khas di penjara…agaknyalah






Sumber: Mynewshub
Dikuasakan oleh Blogger.