Header Ads

Kucing Kacukan Berwajah Serigala Jadian (5 Gambar)

Lykoi merupakan hasil mutasi genetik dari kucing tempatan bulu pendek kelihatan mirip manusia serigala (WEREWOLF) dalam kisah fiksyen. Lykoi merupakan bahasa Yunani yang bermaksud serigala yang dianggap mirip kucing ini kerana tidak mempunyai bulu di sekitar mata, hidung dan telinga. Tidak hanya itu, watak Lykoi juga mirip anjing.

"Mereka suka memburu apapun yang boleh ditemui di sekitar rumah,". "Mereka waspada dengan orang asing namun dengan cepat menjadi ramah."

Lykoi dikacukkan oleh tiga orang iaitu suami isteri Gobble dan Patti Thomas. Mereka mengaku hanya menggunakan cara mudah dengan proses semulajadi pada gen. "Gen ini hasil mutasi semula jadi yang ada pada kucing tempatan," ucap Johnny Gobble.

Kini Lykoi sedang diteliti oleh Universiti Tennessee untuk memastikan kesihatannya. Para penyelidik hairan dengan pola bulunya kerana ternyata tidak ditemui kelainan kulit mahupun gen Sphinx (jenis kucing tanpa bulu). Namun berkemungkinan kucing ini boleh mengalami keguguran bulu hingga gondol.

Lykois yang dipamerkan kepada orang ramai dari induk betina kucing tempatan dan kucing jantan yang mempunyai mutasi Sphinx. Hingga saat ini hanya ada 7 anak Lykoi yang berdaftar di seluruh dunia. Namun diharapkan Lykoi boleh secara rasmi diiktiraf sebagai kucing jenis baru oleh The International Cat Association (TICA) pada musim luruh nanti






Dikuasakan oleh Blogger.