Header Ads

Hubungan Putus Sebab Pengaruh Drama Korea

Orang kata perjalanan drama dengan kehidupan realiti adalah diibaratkan seperti langit dan bumi.

Kita sebagai penonton haruslah bijak dan jangan mudah terpengaruh dengan segala drama yang dipaparkan di kaca televisyen.

Kalau tak jadi macam kes di mana seorang wanita di China meminta hubungannya bersama teman lelakinya diputuskan selepas menyedari kekasihnya itu tidak romantik seperti watak pelakon lelaki dalam drama hit Korea, My Love From The Star.

Menurut China Press, teman lelakinya yang hanya dikenali sebagai Chen berkata, teman wanitanya itu bersikap unrealistik selepas menonton drama tersebut.

Perpisahan mereka dikatakan berpunca selepas Chen menolak permintaan kekasihnya yang menyuruhnya untuk membeli ayam goreng dan minuman keras pada jam 1 pagi kerana dia berasa sangat letih dan tinggal berjauhan dengan wanita tersebut.

Selain itu, tindakannya yang enggan meletakkan nombor telefon wanita itu dalam aplikasi ‘speed dial’ turut menyumbang kepada perpisahan mereka.

Selepas diselidiki, barulah Chen menyedari bahawa terdapat babak dalam drama tersebut di mana permintaan heroin itu untuk mendapatkan ayam goreng dan minuman keras dilayani kekasihnya selain teman lelakinya turut memasukkan nombor wanita itu dalam senarai ‘speed dial’nya.

Hai, macam-macam hal..

-Siakapkeli.com-


Dikuasakan oleh Blogger.