Header Ads

Hadiah Kepala Khinzir Buat Kedutaan Israel

Kejadian ini bukan berlaku di Malaysia tetapi di Italy . Tengok bertapa rakyat dunia ambil perhatian terhadap kekejam Israel di Paalestin ni.

Beberapa kotak berisi kepala babi dihantar ke Kedutaan Israel dan biara Yahudi di Rome, lapor media tempatan semalam.

Kotak berkenaan dirampas polis selepas seorang pekerja syarikat pos memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai bau busuk dihidunya.

Kotak lain turut dihantar ke biara dan muzium Yahudi di Rome Jumaat lalu.

Menteri Perpaduan, Cecile Kyenge berkata, kerajaan menyuarakan sokongan penuh kepada masyarakat Yahudi atas apa yang berlaku.

“Kami akan melakukan apa saja untuk menyiasat dalang di sebalik perbuatan itu,” katanya.

Kotak itu tiba di biara berkenaan Jumaat lalu sejurus selepas kakitangan pos menerima panggilan telefon daripada seseorang tidak dikenali yang mendakwa ada bungkusan berisi bom akan dihantar ke situ.

Pakar pemusnah bom yang dikejarkan ke tempat kejadian kemudian menemui kepala babi itu yang dipercayai datang dari rumah sembelihan berhampiran.

Sekeping surat di dalam kotak itu juga mengandungi kutukan kepada kaum Yahudi dan rujukan terhadap Theodor Herzl yang dianggap pengasas kepada politik moden Zionis.

Datuk Bandar Ignazio Marino menulis dalam Twitter bahawa mereka yang menghina masyarakat Yahudi diibaratkan seperti menyakitkan Rome.

“Kami benar-benar membantah perbuatan berbentuk ancaman itu,” katanya.

sumber: http://maelbercerita.blogspot.com/2014/02/hadiah-kepala-khinzir-buat-kedutaan.html


Dikuasakan oleh Blogger.