Header Ads

ETF MT-240: Trak canggih 20 tayar seberat 240 tan

ETF MT-240 ialahlori 240 tan yang mahu mengubah stereotaip anda tentang "apa itu lori". Lori rekaan Jerman ini mempunyai beberapa rekaan inovatif yang futuristik. Pertama sekali ia mempunya 20 buah tayar, 16 daripadanya boleh digerakkan dan dikawal secara independant.

Kenapa 20 tayar dan bukan 6 seperti kebanyakkan lori kelas 240 tan yang lain? Menurut ETF dengan adanya 20 tayar, penyebaran berat (weight distribution) lebih bagus dan ini membolehkan lori mereka berfungsi lebih pada dalam kawasan kurang turapan. Jalan raya juga tidak mudah dirosakkan seperti lori 6 tayar yang lain. NICE!

ETF MT-240 juga dilengkapi bukan dengan satu, bukan dua.. tetapi empat buah enjin yang dipasang secara modular. Ketika berjalan tanpa bebanan hanya satu enjin dihidupkan. Bila ada bebenan 4 buah enjin dihidupkan bagi memudahkan kerja mengangkut.

Satu lagi keunikan lori ini ialah ketinggian sistem suspensinya boleh diubah mengikut sesedap rasa. Ia juga boleh beropersi secara automatik bagi memastikan lori ini sentiasa dalam posisi mendatar walaupun jalan berbukit bukau macam iblis. Jika ada tayar pancit anda tidak perlu menggunakan jack. Hanya naikkan posisi AXLE tayar dan tayar boleh ditukar dalam masa 15 minit. Enjin yang rosak juga boleh ditukar dengan mudah kerana menggunakan sistem modular.




Dikuasakan oleh Blogger.