Header Ads

Episod akhir Ariana Rose cecah 4.5 juta penonton

Malah drama itu turut mendapat sambutan luar biasa di laman-laman sosial.

Pengurus Besar Kumpulan, TV3 & TV9, Sherina Nordin berkata, Ariana Rose terbukti menjadi drama pilihan nombor satu dengan kadar tontonan yang begitu tinggi.

“Sekali lagi, Ariana Rose terbukti sebagai drama pilihan nombor satu dengan kadar tontonan yang tinggi dan juga ‘trending’ di laman sosial setiap kali bersiaran.

“Malahan, tayangan eksklusif Ariana Rose bersempena dengan sesi jelajah Drama Festival Kuala Lumpur pada 11 Februari telah diraikan lebih daripada 5,000 peminat yang enggan melepaskan peluang untuk bertemu dengan bintang pujaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Drama yang diadaptasi dari novel ‘The Wedding Breaker’  mendapat sentuhan pengarah berkaliber, Raja Alauddin Shah.

Drama bersiri 28 episod itu dibintangi pelakon-pelakon popular seperti Keith Foo, Nur Fathia, Hisyam Hamid, Nabila Huda, Arja Lee, Tasha Shilla, Datuk Jalaluddin Hassan, Ziela Jalil, Mustapha Kamal, Liza Abdullah dan ramai lagi.


Dikuasakan oleh Blogger.