Header Ads

‘Cikgu, tunggu saya rogol cikgu nanti’, kata budak lelaki darjah 3

MELAKA: Seorang guru di Kedah dilaporkan menerima ugutan rogol dari murid lelaki yang berada di Darjah 3.

Murid lelaki itu dari SK Lanai pertama membuat panggilan ke telefon bimbit gurunya berusia 39 tahun sebelum menghantar pesanan ringkas yang berbunyi “Cikgu, tunggu saya akan rogol cikgu nanti”.
Rakan sekerja guru itu yang dihubungi berkata, ancaman daripada murid itu telah mengejutkan seluruh sekolah di Kupang, kira-kira 6km dari pekan Baling.

“Dia mengalami trauma tidak menyangka muridnya berani membuat ancaman sebegitu,” kata rakan sekerjanya. Guru wanita berkenaan menetap di Alor Gajah dan mengajar di SK Lanai, Kedah.

Murid lelaki tersebut bertindak sedemikian kerana mempertikaikan mengapa rakannya tidak dilantik menjadi ketua kelas.

Mangsa berada di rumahnya di Bandar Putri Jaya, Sungai Petani, apabila menerima ancaman pada kira-kira 10.30 malam pada 13 Feb.

Akibat ketakutan, dia meminta suaminya untuk menyiasat pemanggil telefon yang nadanya seperti budak lelaki.
Menggunakan telefon awam, suami mangsa menelefon kembali nombor itu dan seorang lelaki, dipercayai berusia dalam 30-an menjawab.

Lelaki itu mengakui bahawa anak saudaranya telah menggunakan telefon bimbitnya dan dia akan menghukum budak lelaki itu dan melaporkan perkara itu kepada ibu bapanya.

Guru itu membuat laporan polis di ibu pejabat polis Kuala Muda pada 14 Feb. Laporan telah disahkan oleh seorang pegawai kanan polis.

Ketika dihubungi pihak sekolah, seorang lelaki yang mengaku sebagai pembantu kanan di sekolah rendah itu berkata, ibu bapa murid lelaki itu datang ke sekolah hari ini (Isnin) dan telah memfailkan saman terhadap pihak sekolah.

“Kami ingin mengetahui apa yang mendorong murid itu untuk membuat ancaman terhadap gurunya dan sama ada dia memerlukan bantuan psikiatri,” kata beliau sambil menambah kanak-kanak itu tidak hadir ke sekolah semalam.

Sementara itu, aktivis anti-jenayah Tan Sri Lee Lam Thye mahu Jabatan Pelajaran Kedah untuk membuat siasatan penuh terhadap perkara itu.

“Saya terperanjat. Bagaimana seorang budak lelaki boleh membuat ancaman sebegini serius? Kita perlu menangani masalah ini dari akar umbi,” kata Lee, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia.
Beliau berkata kes itu perlu berperanan sebagai pembuka mata bahawa langkah-langkah pemulihan diperlukan segera untuk membendung kes-kes kenakalan kanak-kanak sekolah yang semakin meningkat.

 – The Star Online



Dikuasakan oleh Blogger.