Header Ads

China Bina Tempat Khas Untuk Pembuangan Bayi

 Tempat pembuangan sampah ada tetapi tempat pembuangan bayi? Hurm musykil. Kes pembuangan bayi banyak berlaku di China dan setiap tahun menjadi semakin parah.

Untuk mengurangkan dan membasmi kejadian tersebut, pihak berkuasa di China telah membina tempat untuk meletakkan dan meninggalkan bayi, di mana ibu bapa boleh meninggalkan anak mereka yang masih kecil yang tidak diingininya.

Tempat pembuangan bayi terletak di Bandar Nanjing, sebelah timur China. Di sana ibu bapa boleh meletakkan bayi mereka dengan aman dan tanpa ada orang yang mengetahuinya. Apabila ada bayi ditinggalkan, maka secara automatik sistem penggera akan berbunyi.

Staff Rumah Kesejahteraan Nanjing, yang hanya berjarak lima minit dari tempat itu, kemudian akan datang untuk mengumpulkan anak – anak ditinggalkan para ibu bapa mereka.

Tujuan bangunan ini dibina agar tidak ada lagi kes pembuangan bayi oleh anak muda di sembarangan tempat. Di sini, bayi-bayi akan dirawat oleh Rumah Kesejahteraan Nanjing setelah ditinggalkan.

Walaubagaimanapun, bangunan ini dkhuatiri akan membuatkan pasangan khususnya pasangan muda mengambil kesempatan. Malah, menjadikan mereka tidak bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan kerana sudah ada jalan keluar atas kehamilan yang tidak dirancang.



Dikuasakan oleh Blogger.