Header Ads

Cari Jodoh Di FB, Hantaran Cecah RM160,000?



BAGAIMANA jika anda melihat foto seorang gadis cantik di laman sosial yang dikatakan sedang mencari pasangan hidup termasuk penjelasan berkenaan nilai hantaran yang jumlahnya tinggi dan tak masuk akal?

Di sebuah laman Facebook dikenali sebagai Agensi Pencari Jodoh memuatnaik gambar seorang gadis dengan menjelaskan beberapa karakter diri gadis berkenaan sebelum memaklumkan nilai hantarannya ialah RM160,000.

Jika dilihat daripada nilai wang hantaran berkenaan memang dilihat tidak logik dan tidak boleh diterima akal kerana ianya terlalu tinggi.

Mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan laman Facebook berkenaan, penulis melakukan pemeriksaan lanjut mendapati beberapa lagi gambar gadis dan wanita lain dengan meletakkan wang hantaran yang nilainya tidak munasabah.

Selain itu, pemeriksaan mendapati laman berkenaan seperti sebuah ruang yang mengambil kesempatan ke atas gambar gadis jelita di laman sosial sebelum disebarkan untuk tatapan umum atas alasan pencarian jodoh.

Bukan sahaja gambar gadis berkenaan telah disalahgunakan, banyak lagi gambar terutamanya mereka yang mempunyai susuk tubuh yang menarik akan menjadi mangsa laman Facebook itu.

Daripada beberapa komen yang diterima laman berkenaan, sebahagian besar daripada pengguna Facebook yang mengikuti posting mereka dilihat mengecam tindakan pengendali memuatnaik gambar gadis-gadis terutamanya bangsa Melayu.

sumber: mynewshub.my
Dikuasakan oleh Blogger.