Header Ads

Bayi Enam Hari Maut Dibaham Anjing

Seorang bayi perempuan mati selepas dibaham anjing peliharaan keluarganya di South Wales, England, Isnin lalu.

Mayat Eliza-Mae Martha Mullane, 6 hari, ditemui ibunya, Sharon John di sebelah anjing jantan jenis Alaskan Malamute, baka anjing yang biasa digunakan untuk menarik kereta luncur.

Sharon yang terus histeria melihat kejadian tersebut lantas berlari keluar rumah sambil menjerit kepada jiran-jiran bahawa anjing telah memakan kepala bayinya.

Anjing yang diberi nama Nisha, baru beberapa bulan dipelihara keluarga Sharon selepas ia dibawa pulang suaminya, Patrick Mullane yang menemui anjing tersebut di sebuah pub.

Anjing itu diselamatkan Patrick selepas tuannya sebelum ini bercadang untuk membunuhnya.

Kejadian ini dianggap mengejutkan kerana anjing baka Alaskan Malamute biasanya dikenali amat penyayang, mesra dan setia.


Dikuasakan oleh Blogger.