Header Ads

Apabila Lelaki Mengetahui Teman Wanitanya Terlanjur Dan Menipunya

Saya pemuda berusia pertengahan 20-an dan bekerja di sebuah kilang di Kelantan. Masalah bermula apabila mengenali seorang gadis berusia setahun lebih muda daripada saya.Hubungan yang terjalin sebagai kawan akhirnya bertukar menjadi serius.Teman wanita pernah bercerita mengenai kisah hitamnya tapi saya menerima dia seadanya. Hubungan kami menjangkau dua tahun dan saya semakin menyayanginya.Kami bertemu dengan ibu bapa masing-masing.

Baru-baru ini dia ada menceritakan kisahnya dirogol rakannya sewaktu belajar dulu. Dada saya bergetar mendengarnya. Apa yang menimbulkan rasa marah dan kecewa ialah katanya dia membuat laporan polis mengenai kejadian itu.Namun, apabila saya meminta bukti laporan polis itu dia berdolak-dalik. Dia memberitahu keluarganya tidak tahu mengenai perkara itu.

Akhirnya teman wanita memberitahu dia tidak membuat laporan itu kerana takut keluarganya malu.Akhirnya dia mengaku dia memang tidak pernah membuat laporan. Semakin hari saya semakin serba salah dengan hubungan kami. Saya tahu dia berbohong kerana tidak mahu ditinggalkan.Hati saya semakin marah kerana pembohongannya, malah ia semakin membara apabila melihat dia mula membuat perangai.

Saya ada hasrat untuk berkahwin dengannya, namun dalam keadaan ini bagaimana kami mahu hidup bersama.Memang ramai lagi perempuan di luar sana yang boleh dipilih tapi apakan daya saya masih cintakan teman wanita.Bagaimana mahu saya lupakan kisah teman wanita itu?

INSAN LEMAH,
Kelantan

Terima kasih kerana sudi berkongsi masalah di ruangan ini. Harap adik dalam keadaan sihat dan sejahtera.Berhubung isu diutarakan, Dr faham adik masih ragu-ragu dengan pilihan hati untuk dijadikan pasangan hidup. Ia berikutan ketidakjujuran gadis itu berhubung kes rogol.

Dalam situasi ini, Dr yakin adik sendiri boleh memahami tujuan atau sebab mengapakah dia bertindak sedemikian. Pengalaman dirogol bukanlah satu perkara mudah untuk dilupakan berikutan membabitkan maruah diri juga keluarga.

Sebagai teman istimewanya, adik seharusnya memberi semangat untuk dia meneruskan kehidupan tanpa mengenang peristiwa pahit itu.Dr memahami niat baik adik yang ingin menuntut pembelaan terhadap jenayah seksual berkenaan. Namun, sama ada melaporkan atau tidak, itu adalah pilihannya sendiri.

Malah, pada perkiraan Dr adalah tidak berbaloi adik menjadikan isu ini sebagai sebab kemarahan atau dendam. Dr tidak pasti jika perasaan marah atau dendam itu disebabkan perkara lain yang tidak dinyatakan di sini.Di sini Dr ingin menyarankan kepada adik meredakan perasaan negatif itu dengan menganggap perasaan itu sebagai racun yang akan menjadi barah yang sukar diubati. Hanya adik yang boleh mengawal diri mengenai emosi itu.

Sebagai manusia kerdil, bukanlah kuasa kita me­ngawal orang sekeliling untuk mengikut rentak yang kita ingini. Tambahan pula, adik masih mencintai teman wanita dan berniat mengahwininya kelak.Perasaan cinta boleh melahirkan sifat memaafkan jika benar adik ikhlas terhadap dirinya. Malah, perasaan cinta adalah mengenai kemampuan kita untuk menerima kekurangan dan kelebihan diri orang tersayang.

Akhirnya, jika adik merasakan kesukaran untuk melupakan peristiwa yang pernah dialami kekasih, lebih sukar lagi bagi dia untuk menghapuskan ingatannya terhadap pengalamannya pernah dirogol.Seperti yang Dr nyatakan, adik boleh menjadi kekuatan untuk dirinya menghadapi situasi ini. Ia akan mudah untuk dilupakan jika adik yakin kisah silam bukanlah penentu kepada kebahagiaan dan kejayaan seseorang.

Ini kerana, masa sekarang adalah lebih penting untuk difikirkan kerana kita mudah untuk me­ngawalnya berbanding masa lalu yang tidak boleh diubah.Dr mendoakan adik mampu untuk menghadapi semua ini dengan tenang. Adik perlu memperbanyakkan doa kepada Allah supaya hubungan adik dengan teman istimewa berjalan lancar dan dipermudahkan untuk menjalin hubungan diredai sebagai suami isteri.


Dikuasakan oleh Blogger.