Header Ads

Apabila Bilik Bedah Mayat Di Jadikan Hotel

Di petik dari huffingtonpost .Bekas bilik mayat, lengkap dengan meja autopsi dan peti mayat, diubah suai menjadi hotel oleh pengusaha Australia.

Meja-meja autopsi di bekas bilik mayat di Willow Court, Tasmania, tersebut akan dijadikan tempat tidur. Jadi tidak akan ada katil empuk seperti layaknya hotel lain jika pengunjung menginap di tempat ini.

Bilik mayat tahun 1950an ini sebenarnya sebahagian dari hospital banduan dari tahun 1830. Namun 12 tahun yang lalu, bilik mayat ini ditutup dan tidak digunakan lagi.

Di dalam bilik mayat, ada peti sejuk dan tab mandi yang pernah digunakan untuk mencuci mayat. Hadyn Pearce selaku pemiliknya pun menuturkan bahawa ia berniat memulihkan bangunan tersebut secara beransur-ansur.

Pearce juga menyatakan meja bekas membedah mayat akan dinaikkan pangkat menjadi suite utama hotel.

Pearce sendiri adalah seorang peniaga barangan antik yang telah membuka sebuah motel di bekas tapak perlindungan. Ketika ditanya apakah nanti pelancong benar-benar mahu menginap di hotel bekas bilik mayat miliknya, ia berkata, "Kita lihat saja nanti."

Harapan Pearce adalah hotel bekas bilik mayat tersebut akan dibuka awal tahun depan.





Dikuasakan oleh Blogger.