Header Ads

YO HOME : APARTMENT MASA HADAPAN? (11 GAMBAR)

Yo Home ialah konsep rumah masa hadapan dimana ruangan kecil sesebuah apartment boleh digunakan dengan lebih efektik dengan penggunaan perabot boleh lipat.

Yo Home ialah ilham Simon Woodroffe, yang juga merupakan pengasas YoTel yang pernah kami paparkan sebelum ini. Seperti Yotel, Yo Home mamaksimakan pengguna ruang yang kecil bagi memastikan ruang apartment800 kaki persegi seolah-oleh mempunyai ruang yang lebih besar.

Sebagai contoh katil boleh disimpan diatas siling dan bahagian bawahnya kini menjadi ruang tamu. Tab mandi panas pula disorokkan didalam lantai tandas. Dapur pula boleh disorokkan dari pemandangan orang dengan menutup beberapa panel pada dinding.

Konsep ini menarik tetapi mungkin hanya sesuai untuk orang bujang. Kalau dah ada anak kebarangkalian eksiden anak tersepit adalah tinggi.

Kami tak mahu ketawakan konsep ini kerana kami meyedari keluasan rumah mampu milik di Malaysia kini semakin mengecil. Jika gaji anda sekitar RM3000 di Kuala Lumpur apartment beharga RM240 000 sahaja yang mungkin mampu anda miliki.

Apartment ini selalunya mempunyai luas kurang 1000 kaki persegi. Dalam masa 10 tahun akan datang harga rumah makin naik dan keluasan pastinya akan makin kurang. Be warned!






Dikuasakan oleh Blogger.