Header Ads

Wad Bersalin Mewah di China (10 Gambar)

China ialah negara yang kini terletak di tangga kedua didalam senarai negara ekonomi terbesar. Mereka memintas Jepun dan dalam masa 10 tahun (0r maybe less) akan memintas Amerika Syarikat pula. Akibatnya kini China mempunyai letusan jumlah jutawan yang ada banyak duit but got nothing better to do with their YUANS.

CareBay ialah sebuah hospital yang dibuka khas untuk wanita besalin di Shanghai. Mereka menawarkan khidmat penjagaan mewah kepada ibu dan bayi. Dalam tradisi masyarakat China amalan "Zuo Yue Zi" . "Zuo Yue Zi samalah macam amalan pantang dalam masyarakat Melayu. Ketika "Zuo Yue Zi seorang ibu tidak boleh keluar rumah selama sebulan selepas bersalin. Setiap kehendak si ibu dan bayi akan dilakukan oleh ibu mertua.


Since these days ibu mertua pun sibuk, CareBay menyediakan perkhidmatan Zuo Yue Zi kepada yang mampu. Kos penginapan dan penjagaan di Carebay selama sebulan ialah diantara 79,800 Yuan (RM 40 000) hingga  380,000 yuan (RM 190 000). Sepanjang tempoh penginapan si ibu akan diberi layanan mewah seperti makanan gourmet, penjagaan bayi 24 jam, pengawal keselamatan, kelas aerobik dan kelas Yoga.

Anda mampu?



Dikuasakan oleh Blogger.