Header Ads

Rumah Pokok Suku Korowai Setinggi 35 Meter Di Papua (8 Gambar)

Di tengah hutan belantara timur laut Indonesia daerah Papua, terdapat satu suku kaum yang dikenali sebagai Korowai. Suku ini sangat terpisah dari dunia luar dan bergantung sepenuhnya kepada hasil hutan untuk terus hidup.

Suku kaum ini dijumpai oleh seorang pengembara dari Belanda pada tahun 1974 dan mereka hampir tiada hubungan langsung dengan dunia luar.

Suku kaum Korowai ini tinggal diatas rumah pokok atau ran yang mempunyai ketinggian sekitar 6-12 meter. Tetapi, ada juga yang membina rumah diatas pokok setinggi 35 meter.

Tujuan mereka membina rumah yang tinggi ialah untuk mengelak daripada nyamuk dan juga bunyi bising dari jiran. Selain itu juga, mereka percaya bahawa roh-roh jahat selalu mengganggu di bahagian lantai hutan.










Dikuasakan oleh Blogger.