Header Ads

PEMBURUAN IKAN PAUS TAHUNAN KEPULAUAN FAROE (18 GAMBAR GANAS)

Bila berbicara tentang pemburuan paus negara yang sering dikaitkan dengan pemburuan haiwan mamalia ini ialah Jepun. Kalau menonton Discovery Channel you get the impression that Jepunlah negara yang paling kejam didunia dalam hal pembunuhan paus. This is not actually true.

Di Kepulauan Faroe, sebuah daerah dibawah jajahan takluk Denmark berlaku acara tahunan yang dipanggil "Grindadráp". Ianya hanya dilakukan oleh golongan lelaki dan diadakan ketika musim panas. Setiap tahun lebih 900 ikan paus pemandu (pilot whale) dibunuh oleh penduduk Faroe mengikit tradisi Grindadráp yang sudah berlangsung sejak 1584. Ikan paus ini pada awalnya dikepung dengan menggunakan kepong dan dihalau masuk kedalam sebuah teluk.

Di pandai teluk berpuluh -puluh peserta Grindadráp akan membunuh paus yang sudah terperangkap. Mereka menggunakan cangkuk pada lubang udara ikan paus sebelum menyembelih mereka menggunakan Grindaknívur , sebuah parang khas yang direka untuk kegiatan pemburuan paus.

Setiap tahun pihak pencinta haiwan melobi supaya kerajaan Denmark mengharamkan pemburuan tahunan di Faroe. Malangnya mereka enggan melakukannya atas dasar "tidak mahu menyebabkan kepupusan tradisi tempatan".

Pihak pecinta haiwan merasakan pengharaman harus dilakukan kerana jumpah paus pemandu sudah semakin sedikit dan pembunuhan secara pukal ini hanya akan menyebabkan kepupusan. Tambah sedih lagi paus pemandu yang dibunuh dibunuh secara rawak tanpa mempedulikan pais itu sedang membesarkan anak atau sedang mengandung. Semuanya dibunuh atas nama tradisi. Dibawah ada gambar fetus paus yang dirobek keluaar dari perut ibunya yang juga mati.





sumber: blogserius
Dikuasakan oleh Blogger.