Header Ads

Kekejaman Guru Mendera Kanak-Kanak Tadika Di China (8 Gambar)

Gambar berikut telah tersebar di China yang menunjukkan seorang guru tadika menarik telinga seorang kanak-kanak yang sedang menjerit sehingga terangkat. Guru berusia 20 tahun yang bernama Yan Yanhong mendakwa dia dan muridnya hanyalah bergurau setelah gambar ini tersebar.

Namun setelah disiasat, terdapat lebih 702 keping gambar lain yang menunjukkan Yanhong sedang mendera muridnya. Terdapat gambar kanak-kanak dengan baldi diatas kepala, mulut dilekatkkan dengan pita pelekat dan ada juga murid yang kepalanya dimasukkan ke dalam tong sampah.

Bukan itu sahaja, terdapat juga gambar yang menunjukkan botol-botol arak kosong yang ditemui di rak buku Yanhong di dalam kelas.

Pada mulanya, Yanhong mempertahankan perbuatannya dan mengatakan bahawa beliau menganggap muridnya sebagai kawan baik dan hanya bergurau.

Belaiu berkata, ‘Saya hanya mahu mengambil gambar. Selepas ambil gambar, saya terus meletakkan budak itu kebawah'.

Biro pendidikan tempatan telah mngeluarkan kenyataan yang Yanhong telah dipecat dan sekolah tersebut juga telah didenda.









Dikuasakan oleh Blogger.