Header Ads

Kehidupan Penggeledah Sampah di Jakarta (14 Gambar)

Selamat datang ke Bantar Gebang, tapak pelupusan sampah terbesar di Jakarta. Terletak 30KM dari ibu negara Indonesia, Bantar Gebang, menempatkan 2000 keluarga yang kerjanya menggeledah sampah untuk dikitar semula untuk menyara hidup. 

Setiap hari dianggarkan lebih 6000 tan sampah warga Jakarta dilambakkan disini. Kerja sebagai penggeledah (scavenger) bukanlah mudah dan tidak lumayan. Dalam seminggu gaji purata mereka ialah RM125 (RP 350 000). Mereka bekerja siang ke malam mencari bahan yang boleh digunakan semula. 

Jika bernasib baik mereka mungkin terjumpa barang kemas atau alatan elektronik yang dibuang secara tak sengaja. Akibat terlalu daif ada dintara mereka yang mengitar semula sisa makanan yang dijumpai untuk mengalas perut. Dibawah ada foto seorang remaja Pamulung (nama panggilan scavenger sampah) yang membuat sate dari daging yang terbuang. 

Selain dari mengitar semula sampah mereka juga kadang kala terjumpa mayat orang. FFFFUUUU. Kebanyakkan diantara mereka beragama Islam dan walaupun pekerjaan ini dianggap kotor tak lupa solat jemaah. Amacam?



Dikuasakan oleh Blogger.