Header Ads

Dunia Akan Mengalami Zaman Ais Beku Mini - NASA


Cuaca agak sejuk kebelakangan ini. Ada yang kata paksi bumi sedang terbalik. Garisan khatulistiwa sedang menuju ke garis kutub.

Macam-macam...

Tapi penerangan dari pihak NASA mengatakan..

Kadar aktiviti letupan gas di permukaan matahari tiba-tiba menurun. Matahari kelihatan seperti sedang berada di dalam keadaan mahu tidur.

Puncanya masih tidak diketahui, seluruh saintis sistem solar di dunia sedang terkejut dengan perubahan fenomena ini.

Para pakar percaya fenomena ini sama seperti fenomena matahari lelap yang pernah berlaku pada kurun 17, yang mana menyebabkan sungai thames di london menjadi beku.

Pihak NASA menjangkakan, aktiviti matahari ini akan berada pada tahap yang paling lemah pada tahun 2022. Berikutan itu, para saintis meramalkan akan berlaku "zaman ais beku mini" dalam masa 30-40 tahun.

Menyeronokkan atau menakutkan?
Dikuasakan oleh Blogger.