Header Ads

Dicerai suami sebulan selepas nikah dengan alasan "kulit gelap"

Husna, 24 tahun
KANGAR: “Hanya kerana warna kulit perempuan lain didakwa lebih cantik, dia sanggup menceraikan saya walaupun kami baru sebulan diijab kabul.”

Begitu pengakuan Husna, 26, (bukan nama sebenar), seorang janda muda selepas perkahwinan dengan bekas suaminya yang juga penjawat awam, musnah disebabkan warna kulitnya lebih gelap berbanding wanita yang baru ditemui lelaki itu.

Menurutnya, detik percintaan mereka selama lebih enam tahun amat membahagiakan sebelum mengambil keputusan berkahwin ketika dia berusia 24 tahun pada Januari 2012 lalu dan suaminya yang kini berusia 26 tahun itu pulang bercuti kerana bertugas di Sarawak.

Husna berkata, impiannya untuk melihat jodoh mereka berkekalan sehingga akhir hayat tidak kesampaian apabila ia berakhir tanpa dijangka.

“Segala kemelut rumah tangga bermula apabila suami kembali semula bertugas di Malaysia Timur selepas dia tidak lagi menghubungi saya yang juga isterinya.

“Dia sering memberi alasan mempunyai banyak kerja hingga tidak sempat menghubungi saya.

Akibat itu, saya nekad pergi berjumpanya di Sarawak dengan hanya mempunyai wang untuk membeli tiket penerbangan pulang saja.

“Sebaik tiba di sana, saya tidak menghubunginya kerana mahu membuat kejutan, tetapi saya pula yang terkejut apabila melihat dia bersama perempuan lain.

Dia memaklumkan wanita berasal dari Sarawak itu adalah calon isterinya dan dia terus menceraikan saya ketika itu juga,” katanya ketika ditemui, di sini.

Menurutnya, dia terkedu dengan lafaz talak satu yang diucapkan bekas suaminya kerana tidak menyangka lelaki terbabit mempunyai perempuan lain dan turut bercadang untuk berkahwin.

“Pengalaman hidup ini secara tidak langsung mematangkan diri saya, dan akan lebih berhati-hati apabila didekati lelaki bagi mengelakkan pisang berbuah dua kali,” katanya. -Harian Metro
Dikuasakan oleh Blogger.