Header Ads

Benjamin Button sebenar telah meninggal dunia


Sam Berns (17) ialah seorang remaja yang berasal dari New England, Amerika Syarikat. Beliaudi beri nama jolokan Benjamin Button sebenar. Ini adalah kerana beliau mengidap penyakit Progeria yang membuatkan beliau tua secara mendadak.

Sam meninggal dunia jumaat lalu akibat komplikasi yang diakibatkan oleh penyakit ini.

Progeria hanya berlaku sekali setiap 8 Juta kelahiran. Dianggarkan terdapat 200 orang pengidap penyakit ini yang masih hidup sekarang. Progeria mengakibatkan tubuh pesakit tidak mampu menghasilkan sel secara normal. Mereka akan menjadi tua secara mendadat, hilang berat badan, mempunyai masalah otot, keguguran bulu tubuh dan osteoperosis.

Jangka hayat purata pesakit Progeria ialah 13 tahun dan Sam Bern sebenarnya mempunyai jangka hayat yang lebih panjang dari yang dijangkakan.



Dikuasakan oleh Blogger.