Header Ads

Acheh haramkan Punk Rock: Punkers dibotakkan pihak berwajib (7 Gambar)

Di Banda Acheh,65 remaja yang berpakaian seperti Mat Punk ditahan pihak berwajib setelah Punk Rock diwartakan sebagai "tidak islamik" oleh pihak bekuasa.

Acheh yang diberikan kuasa autonomi oleh Jakarta mempunyai undang-undang yang lebih "islamik" dari apa yang diguna pakai bahagian lain Indonesia. Kesemua remaja yang terdiri dari 59 lelaki dan 6 perempuan ditahan sebelum dibersihkan polis moral Acheh. Yang lelaki dibotakkan kepala, dipaksa membuang perhiasan diri dan yang bertindik harus mencabut tindikan pada tubuh.

Kemudian mereka disuruh mandi didalam sungai untuk penyucian. Mereka kemudian akan ditahan selama 10 hari untuk sesi "pengisian rohani" sebelum dibenarkan pulang.



Dikuasakan oleh Blogger.