Header Ads

9 Rahsia Menjadi Pintar


Rahsia kali ini sangat sesuai untuk anak-anak yang masih bersekolah. Kepada ibu bapa pupuklah anak-anak anda supaya dapat mengikuti 9 langkah berikut untuk menjadikan mereka lebih pintar atau sekurang-kurangnya prestasi mereka dalam pelajaran lebih cemerlang daripada biasa. Harap artikel ini dapat membantu.

1. Fokus pada mata pelajaran semasa dalam kelas dan jangan banyak bercakap dengan kawan-kawan
Siapakan kerja-kerja sekolah sekiranya ada, jangan bertangguh

2. Dengar arahan dari guru baik-baik, jangan banyak membantah

3. Jangan banyak bermain dalam kelas atau anak anda akan ketinggalan dalam pelajaran

4. Bila menyiapkan sesuatu tugasan, fokus sehingga selesai kerja tersebut

5. Gunakan masa yang ada dengan baik dan jangan membuang masa

6. Jika melakukan kerja-kerja kesenian, cuba berfikiran kreatif untuk menghasilkan sesuatu yang baru

7. Jika membuat tugasan matematik, baca arahan soalan dengan baik dan gunakan segala bahan rujukan dan sumber yang ada

8. Jika membuat tugasan mendengar dan menulis, pastikan dengar baik-baik apa yang guru katakan, fokus padanya

9. Jika membuat tugasan biologi, baca dengan teliti soalan yang di kehendaki kerana subjek ini penuh dengan helah dan jawapannya tersembunyi
Dikuasakan oleh Blogger.