Header Ads

Matahari bersinar waktu tengah malam di Finland


Matahari pasti munculnya di pagi hari. Terbit di ufuk timur, menerangi hari hingga saat terbenamnya menjelang malam tiba. Namun di Lapland, anda boleh melihat matahari ketika tengah malam.

Lapland adalah sebuah wilayah di Finland yang luasnya adalah 98,946 km ² dan penduduk 187,777 (2002). Ibu negerinya ialah Rovaniemi. Wilayah ini mempunyai fenomena unik yang indah dipandang, iaitu matahari di tengah malam.

Kerana lokasinya yang berada di lingkar kutub, selama dua puluh empat jam dalam dua bulan setiap tahun wilayah ini disinari matahari sepanjang hari tanpa henti. Fenomena ini disebut midnight sun atau matahari tengah malam.

Fenomena ini berlaku setiap Jun dan Julai. Pelancong yang melawat Lapland dapat melihat cahaya unik dari matahari tengah malam, yang tidak memberi batas antara siang dan malam di sini. Hal ini membolehkan pelancong untuk mendaki gunung Lapland di malam hari atau sukan golf selama 24 jam.

Sumber: travel.okezone.com
Dikuasakan oleh Blogger.