Header Ads

5 Inovasi yang paling menakjubkan pada tahun 2013


Dengan pembangunan teknologi yang semakin meluas saban tahun, pada tahun 2013 ini telah wujud banyak penciptaan atau inovasi teknologi hebat-hebat yang boleh di imaginasikan oleh manusia.

Di sini, terdapat 10 invoasi teknologi yang sangat memberangsangkan untuk tahun 2013 ini.

1. 3 Doodler



3 Doodler adalah sebuah pen yang boleh di lukis membentuk lukisan 3d. Pen ini akan mencairkan sejenis plastik yang menggunakan bahan Poly-Lactic yang membolehkan ia membentuk gambar secara 3d.

Dakwatnya juga boleh didapati dengan warna yang berbeza.

2. Mission R



Mission R adalah sebuah motorsikal yang menggunakan kuasa elektrik dan berkemampuan untuk bergerak 0-60 mph dengan hanya 3 saat.

Mempunyai kelajuan maksima sehingga 150 mph dan mampu bertahan selama jarak 140 km sahaja kemudian perlu di cas semula baterinya.

3.  Pavilion Solar Volvo



Penciptaan pavilion solar ini berfungsi untuk mengecas kereta seperti kebiasaannya menggunakan kuasa elektrik utama.

Apabila kenderaan telah di cas, pavilion ini akan terlipat sendiri dan di simpan di dalam boot kereta. Inovasi ini merupakan solusi yang terbaik memandangkan jarak kemampuan untuk sesebuah kereta elektrik itu sering menghadapi masalah untuk di cas semula

4. Lensa pintar Sony



Lensa ini sesuai untuk pengguna yang suka akan penggunaan kamera yang professional serta mempunyai kualiti gambar yang menarik.

Lensa pintar sony ini di hubungkan secara Wifi dan boleh di kawal menggunakan aplikasi yang telah di sediakan, ianya boleh di dapati untuk iPhone serta pengguna Android. Aplikasi itu akan memberi lebih setting untuk penggunaan lensa pintar.

5. Menara pencakar langit halimunan



Telah di rancang untuk di bangunkan di Korea selatan, menara ini merupakan menara halimunan pertama yang akan terbina di dunia. Menara ini akan menggunakan kamera dan merakam gambar keliling dan akan di hubungkan dengan projektor LED di mana akan membuatkan seakan-akan halimunan di mata manusia.

Menara 450 meter ini telah di design oleh GDS Architects dan walaupun ianya sukar di lihat oleh pejalan kaki, ianya akan boleh di lihat oleh kapal terbang serta burung
Dikuasakan oleh Blogger.