Header Ads

Lelaki pecah masuk bank hanya untuk curi karpet bukannya wang


Jika pada umumnya target kecurian di bank adalah wang, berbeza dengan yang terjadi di New York baru- baru ini. Seorang pencuri tidak mengambil wang di bank yang dia pecah masuk , tapi pencuri ini hanya membawa pulang karpet.

Pencuri yang bernama bernama William footman ini ditangkap selepas 37 kes rompakan di bank yang dia lakukan. Namun tidak seperti aksi rompakan bank kebanyakan, William sama sekali tidak menyentuh peti besi simpanan wang . Dia hanya mengambil karpet yang ada di lobi setiap bank.

Aksi aneh ini ia lakukan sejak Mac lepas. William menyelinap masuk ke dalam bank di seluruh wilayah Manhattan setiap malamnya. Karpet yang berjaya dicuri di jual kembali ke sebuah kedai bernama Bodegas seharga US $ 30 atau lebih.

Kegiatan lelaki berusia 55 tahun ini akhirnya berjaya dihentikan pada 25 Mei 2013. Saat itu William dicekup ketika baru saja mengambil karpet di wilayah Wall Street . Pada hari tersebut bekas banduan ini diketahui baru mencuri 6 buah karpet.

Ketika disoal siasat , lelaki tersebut tidak mengaku telah melakukan aksi aneh tersebut . Dia berhelah bahawa karpet - karpet tersebut didapatkannya dari syarikat karpet tempat dia bekerja . William menjelaskan bahawa telah bekerja di Imperial Carpet sejak 1970 -an dan dari situ dia menyara 15 anak perempuannya yang telah berkeluarga.

Namun keterangan William dipatahkan ketika pihak Imperial Carpet mengaku tidak mengenal William . Selain itu, dia juga tidak boleh menyebut nama ke-15 anak perempuannya .

Sumber: Realitiabadi.blogspot.com
Dikuasakan oleh Blogger.