Header Ads

Lelaki ini mencipta simulator kokpit kapal terbang sendiri di rumah dengan bantuan Google Search

Laurent Aigon

Laurent Aigon dari Aquitane, Perancis telah membina sebuah kokpit serupa yang ada dalam kapal terbang Boeing 737 dalam bilik anaknya dengan bantuan Google sebagai sumber utama beliau dalam bahagian pengetahuan tentang kokpit, cara-cara pemasangan serta bahagian apa yang perlu ada.

Projek itu mengambil masa Laurent dalam 5 tahun untuk di siapkan sepenuhnya.

Dia sangat teringin untuk menjadi seorang juruterbang, tetapi impiannya tidak kesampaian kerana tidak mendapat prestasi yang baik di sekolah dahulu. Bayangan impiannya tidak pernah pudar terhadap kapal terbang kerana semangatnya yang sangat jitu di dalam dirinya masih hidup.

Projeknya itu telah menelan belanja beribu dolar, tetapi sangat bernilai buat dirinya kerana dia kini boleh mengawal sebuah kapal terbang dan impiannya menjadi kenyataan.

Kejayaan Laurent Aigon mencita simulator buatan sendiri ini mendapat perhatian orang ramai secara tempatan mahupun secara global. Syarikat penyenggaraan pesawat, Bordeaux-Merignac Airport telah bertemu dengan beliau dan berbincang mengenai penciptaan simulatornya dan bertanya sama ada jika mereka boleh meminjamkan untuk penggunaan simulator itu di masa hadapan.

Kisah mengenai bagaimana Laurent mengejar impiannya menjadi realiti merupakan sebuah kisah yang sangat memberi inspirasi pada orang ramai. Dia telah membuktikan bahawa impian itu boleh menjadi kenyataan dengan cara yang berbeza, kita tidak perlukan sebuah jawatan yang menunjukkan kita telah mencapai sebuah impian yang kita inginkan.

Laurent Aigon

Laurent Aigon

Laurent Aigon


Dikuasakan oleh Blogger.