Header Ads

Bagaimana mereka membuat ramai orang berlakon dalam satu babak filem (13 Gambar)


Setelah sekian lama, kita hidup dengan perkembangan sains dan teknologi yang semakin hebat. Ada sesetengah kita boleh menilai dengan akal kita sendiri tentang bagaimana ia tercipta, kadang kita sendiri buntu dengan bagaimana akal fikiran manusia boleh berfikir jauh seperti itu.

Pernah anda terfikir sebentar bagaimana produksi filem-filem luar mengupah orang ramai untuk menjayakan sesebuah filem yang memerlukan orang ramai dalam sesebuah filem itu? Contohnya, filem berunsur peperangan, perlawanan bola sepak, mahupun apa-apa yang melibatkan penonton yang ramai.

Hari ini, kami ingin kongsikan, bagaimana mereka membuatnya.

Terciptanya sebuah syarikat The Inflatable Crowd Company yang memberikan perkhidmatan 'orang ramai' iaitu orang berupa patung untuk di letakkan di bahagian yang di perlukan. Walaupun ia merupakan patung, untuk menjadikan ia nampak lebih 'real', tenaga pakar dalam bidang CGI juga memainkan peranan yang sangat penting supaya dapat mengkaburkan mata penonton akan orang patung ini.

Syarikat ini telah banyak membantu syarikat-syarikat produksi filem besar seperti pembikinan filem Spiderman 3, The King's Speech dan American Gangster.














Dikuasakan oleh Blogger.