Header Ads

Apabila Zizan Menyamar Menjadi Pengemis Di Bukit Bintang



Zizan menjadi pengemis? Ia sebenarnya adalah satu lakonan pengemis yang dilakonkan oleh artis Zizan Razak di lokasi Bukit Bintang.

Rancangan ini sebenarnya ini menilai sejauh mana rakyat Malaysia prihatin terhadap golongan ini.

Sebenarnya mungkin ada yang lebih suka menderma atau menyumbangkan wang mereka di masjid atau pertubuhan amal daripada menderma di sini. Namun itu adalah hak masing-masing kan. Apa-apa pun jom kita layan video zizan jadi pengemis di atas ini.

PELAKON dan pelawak Zizan Razak sememangnya seorang pelakon yang boleh membawa pelbagai watak tidak kira, baik atau jahat.
Zizan juga boleh menyamar.

Ada satu video dikongsikan di laman Facebook hari ini dari sebuah laman Facebook menunjukkan Zizan menyamar sebagai seorang pengemis dan meminta sedekah di Jalan Bukit Bintang.

Bila video yang dipetik daripada satu program televisyen  di saluran Astro Warna ini diambil tidak diketahui tarikhnya.

Rakaman berkenaan bermula pada sekitar pukul 2 petang dengan kamera hanya merakamkan penyamaran Zizan dari jarak jauh.

Zizan mengenakan solekan khas dan pakaian buruk seakan-akan pengemis.
Jelas tidak ramai yang mengenali Zizan dan menghulurkan wang kepadanya selepas beliau berada di situ sehingga pukul 4 petang.

Bagaimanapun, akhirnya ada seorang yang menghulurkan wang kepada Zizan, pihak kru rancangan itu mahu menemubual namun lelaki itu enggan ditemubual dan meninggalkan Zizan.

Admin: Terasa sebak pula bila menonton video. Selepas ini, apabila ada orang yang mohon bantuan, setidaknya bantulah mereka. Mungkin bagi kita, mereka ni tiada apa bagi kita, tapi dengan bantuan kita dapat meringankan beban mereka.

Apabila kita bersedekah, insyaAllah, Allah akan membalas jasa kita sebanyak 10 kali.

Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).
Surah Al-Anam (6:160)
Dikuasakan oleh Blogger.