Header Ads

4 Gadget yang cool untuk peminat basikal

Tidak boleh di nafikan lagi, bahawa berbasikal adalah salah satu aktiviti sukan yang mendapat tempat di hati penduduk Malaysia hari ini.

Dengan teknologi masa kini, peminat basikal boleh mendapatkan beberapa gadget yang dapat membantu mereka dalam pengayuhan yang lancar sehingga ke destinasi yang di tuju.

Berikut adalah 10 gadget yang cool buat peminat basikal 

1. Signal Wireless 


Signal bawah kerusi ini adalah berkuasa bateri yang mempunyai kuasa pencahayaan LED dan akan membunyikan 'beep' yang kuat apabila anda ingin membuat pusingan. 

Signal ini di aktifkan secara wireless atau tanpa wayar dengan hanya menekan butang pengawal yang akan di lekatkan pada bahagian pengawalan basikal.

Produk ini juga di bahagikan kepada signal sebelah kiri dan sebelah kanan dan boleh di dapati dengan harga 68$

2. Hammerhead


Hammerhead adalah sebuah peranti yang di lekatkan pada bar basikal anda dan memberi khidmat penunjuk arah pada anda dengan bantuan GPS yang di install dalam smartphone anda.

Ianya boleh di dapati dengan harga 85$

3. Helios Bars


Helios Bars ini mempunyai kelebihan pengesan GPS dan mempunyai binaan depan dan sisi lampu LED.

Lampu LED ini akan menukar cahaya mengikut kelajuan anda. Berufungsi apabila ingin membuat lencongan.
Ia boleh di dapati dengan harga $199

4. Revolights


Revolights adalah sejenis lampu yang mengelilingi tayar basikal anda. Pembinaan lampu ini hanya berfungsi apabila basikal dalam keadaan bergerak laju.

Kesannya, anda akan dapati pencahayaan ini akan membuat satu bulatan iluminasi yang cantik dan ia secara langsung memberikan perhatian kepada orang lain akan kewujudan anda. 

Ia boleh di dapati dengan harga $229
Dikuasakan oleh Blogger.