Header Ads

14 Perkara anda patut buat ketika anda berumur 20-an

motivasi, motivasi hidup, kehidupan

Salam ! 

Semoga hari anda sentiasa indah selalu. Adakah anda mencari idea untuk di lakukan apabila telah mencecah umur 20-an ini? 

Tak sabar untuk ketahuinya? Jom 

1. Buat sesuatu yang menakutkan anda. 

Ia membuatkan anda ingat akan memori lama ketika anda sudah lanjut usia nanti. Jika anda tidak lakukannya, pasti menyesal akan berada dalam fikiran anda kerana kehidupan yang sentiasa dalam keadaan yang serius. Bahagiakan hidup ! 

2. Belajar untuk memasak

Belajar berjimat, cuba untuk memasak. Dengan belajar memasak, dalam diam anda boleh mula untuk berdikari di samping menambah ilmu baru untuk kepentingan diri sendiri. Mungkin satu hari anda boleh jadi masterchef yang hebat?

3. Mengembara seorang diri

Dunia ini perlu di terokai. Ambillah cabaran ini untuk diri sendiri bagi melihat sejauh mana pandangan anda akan berkembang lebih luas terhadap apa yang berlaku di sekeliling anda. 

4. Menaiki Kapal Terbang

Pokok yang besar serta bangunan yang tinggi nampak macam besar pada anda apabila anda berada di bahagian atas tanah. Cuba anda lihat pokok dan bangunan tersebut dari pandangan yang lebih tinggi daripada mereka, pasti pandangan anda akan berubah terhadap karakter sesuatu perkara yang besar tersebut.

Di samping terbang tinggi, nikmati pandangan yang indah dari pandangan atas itu. 

5. Berani hadapi risiko

Memasang hajat untuk mencapai suatu matlamat pastinya akan berhadapan dengan risiko, tetapi jika matlamat tanpa tindakan akan membawa anda kepada penyesalan yang tiada gunanya. 

6. Menyedarkan diri 

Orang lain telah hanyut dengan era telefon pintar mereka, anda perlu menanam dalam diri anda dengan buku-buku yang akan mendidik dan memberi inspirasi kepada anda. Dapatkan kesedaran tentang kehidupan diri, bagaimana membangunkan diri dan anda akan berada di hadapan dari kalangan orang-orang yang sebaya dengan anda

7. Bersukan

Apa yang anda suka main? Kalau lelaki pastinya bola sepak, atau mungkin futsal. Pada perempuan, mungkin bola jaring, atau bola keranjang. Apa-apa pun sukan yang anda minat, jika anda mempunyai keberanian dalam diri ciptakan satu pasukan dan cuba untuk sertai mana-mana pertandingan. 

8. Berjumpa dengan rakan lama.

Ingatkan kembali zaman sekolah dahulu, pasti ramai rakan-rakan anda yang akan bermain dalam fikiran, ada yang kita boleh ingat namanya ada yang kita lupa. Itu biasa. Buatlah panggilan, jumpa dan lepak-lepak bersama mereka. 

9. Jangan gunakan alasan "sibuk"

Hanya kerana anda seorang yang memegang jawatan atau pangkat yang tinggi dalam komuniti universiti, tidak bermakna anda akan mengawal komuniti itu dengan baik dan sempurna. Luangkan sedikit masa pada diri anda, sejauh mana benarnya 'sibuk' dalam diri anda. Luangkanlah masa bersama orang yang mohon bantuan. 

10. Kenali keluarga anda.

Sungguh menakjubkan bagaimana sedikit kita boleh mengetahui tentang seseorang walaupun berapa lama kita telah mengenal mereka. Ketahui bagaimana ibu bapa dan datuk dan nenek anda berjumpa. Tanya ahli keluarga yang lebih tua untuk menerangkan bagaimana kehidupan apabila mereka berada di umur anda. Terokai sejarah keluarga anda dan buat satu usaha bagi benar-benar mengetahui apa yang membuatkan mereka akrab 

11. Ke Luar Negara

Ia adalah satu dunia yang besar di luar sana. Keluar dari gelembung budaya rumah anda dan mengembangkan perspektif hidup anda.

12. Menjadi Sukarelawan

Mengadu tentang masalah dunia tidak akan membuatkannya hilang. Cubalah menjadi sukarelawan yang berusaha untuk mencari penyebab sesuatu masalah dan terus bersama untuk menjadi sebahagian daripada penyelesai masalah 

13. Jatuh cinta.

Cinta memang menyakitkan kadang-kala, tapi ia juga sama seperti memilih untuk sepi. Anda telah banyak belajar dengan pasangan cinta anda sebelum ini, jangan takut untuk cuba bercinta sekali lagi. Apabila anda bercinta banyak kali, satu hari anda akan kenal bagaimana untuk menghadapinya dengan baik. 

14. Tulis surat.

Tanya seorang kawan lama untuk alamat mereka, jangan beritahu mereka mengapa anda memerlukannya, dan hantarkan mereka sebuah surat yang mempunyai isi tentang pendapat anda tentang kehidupan sekarang, pertanyaan khabar, pesanan rindu terhadap sahabat dan macam-macam lagi. Ianya pasti akan menjadi sebuah kejutan yang tidak di sangkakan. 


Dikuasakan oleh Blogger.