Header Ads

11 Sebab untuk menikmati seks setiap hari

daily sex, seks, kenapa seks, sebab untuk menikmati seks, setiap hari

Tekanan, beban masalah kerja, kesempitan hidup, keresahan terhadap tahap kesihatan diri semakin meningkat? Jadi, seks adalah penawar kepada kebahagiaan, panjang umur dan kesihatan tubuh badan. Anda tidak percaya?

Ok, di sini ada beberapa senarai yang menunjukkan kebaikan seks dari segi kesihatan manusia, lakukannya secara harian untuk menikmati kebaikan ini. Ini antara 16 sebab untuk menikmati seks hari ini !

1. Menghilangkan stress.

Seks mampu untuk mengurangkan anda stress. Apabila anda gagal menurunkan tahap stress anda dengan senaman, jadi seks adalah pilihan terbaik. Ketika aktiviti di jalankan, badan anda akan mengeluarkan sejenis hormon yang menghilangkan hormon stress anda. Bermakna, hormon ini akan memberikan anda kebahagiaan.

2. Sejenis senaman yang bagus

Jika anda menjalankan seks 3 kali seminggu untuk 15 minit, anda akan membakar lebih kurang 7,500 kalori untuk setahun. Ianya bersamaan dengan anda joging sejauh 120 kilometer

3. Mengurangkan darah tinggi

Berpelukan dan seks boleh memperbaiki tahap tekanan darah anda. Ini di sahkan oleh para pengkaji daripada Universiti of Paisley.

4. Membina daya ketahanan.

Cuba untuk tidak kena penyakit selsema? Seks boleh membantu anda melawan kesejukan dan masalah kesihatan yang lain. Dengan seks, daya ketahanan badan anda akan meningkat.

5. Anda akan nampak lebih muda

Bersama dengan pasangan anda 3 kali seminggu boleh membuatkan anda nampak 10 tahun lebih muda, kata seorang penyelidik dari Scotland.

6. Hati yang sihat

Seks mampu untuk membakar kalori dalam badan anda dan ia juga mampu untuk memperbaiki jantung anda. Seks mampu menghalang anda daripada terkena strok mahupun serangan jantung. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah, nikmati saat bersama pasangan anda.

7. Melegakan kesakitan.

Pernah anda mengalami kesakitan badan atau pun pening kepala (migrain)? Cuba alaminya sendiri, kerana seks adalah alternatif terbaik. Namun, jika anda alami sakit-sakit belakang, ianya lebih baik anda berjumpa dengan doktor.  

8. Membina kepercayaan dan keintiman

Jika anda rasakan hubungan anda semakin renggang, ianya kepercayan yang di bimbangkan dalam diri anda terhadap pasangan anda yang akan menghilang, jadi seks akan menghilangkan keraguan itu. Ia berlaku kerana dengan seks, hormon kepercayan akan wujud dengan serta merta.

9. Peluang untuk menghidap kanser tipis.

Kajian di Australia mendapati, lelaki yang klimaks 21 kali setiap bulan adalah kurang kemungkinan untuk menghidap kanser prostat. Ini di sokong oleh penyelidik lain.

10. Mendorong anda untuk tidur.

Sukar tidur pada waktu malam? Masalah anda akan mudah di selesaikan jika anda mempunyai pasangan yang halal. Seks akan menenangkan anda di samping aktivitinya merupakan sama seperti anda melakukan senaman di luar, malah kesannya jauh lebih hebat. Jadi, apabila anda berasa letih menikmatinya, anda akan rasa terdorong untuk tidur.

11. Hidup lebih lama.

Jantung yang sihat, otot yang kuat, peningkatan kitaran oksigen dan kebahagiaan merupakan antara faktor sumbangan yang membuatkan hidup anda akan bertambah bahagia dan sebagai hasilnya umur anda akan bertahan lebih lama.

Sumber
whydontyoutrythis.com
Dikuasakan oleh Blogger.