Header Ads

Formula 8C kenapa Suami cari Perempuan lain

menarik, perempuan, kayu tiga, other women, men, women, life

Wanita diluar sana mesti nak tahu kan kenapa lelaki suka cari perempuan lain? Terutamanya para isteri tu, alahai.kenapa ye ? Sebelum kita menyalahkan orang lain, apa kata wanita tu tengok dulu diri kita, perangai kita. ·

Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita (termasuk lelaki dan wanita) insan yg mudah lupa, alpa dan lalai, ada masa tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & anak anak; keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu. 8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya.

C1. CABAR

 Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri.Lelaki memang pantang dicabar. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita.Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! JANGAN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…merana sengsara lah jawabnya…

C2. CABUL

Cabul ini bukan cabul yang itu (ala…kes cabul tu)tapi cabul ini bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan  dan tutur kata isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata-kata yang tidak baik pada mertua…

C3. CELUPAR

 Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati. Bergurau punjagan lah sampai tahap celupar ye…mungkin sesetengah lelaki tak kisah…

C4. COMOT

 Terdapat wanita yang cantik tetapi comot.Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukan sertatindak-tanduknya.Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel-comel je… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun. Time keluar berjalan baru nak mekap….

C5. CEMBURU

 Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi jangan terlampau cemburu. Wanita yang terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit-sikit dok telefon suami kat tempat kerja… Suami baru balik kerja dah tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan…Masa t dah mula hilang kepercayaan kat suami…

C6. CEREWET

 Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya.Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya.Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat.Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang mewah je.Restoran nak ada air-cond aje…

C7. CINCAI

 Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8 CUAI

 Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan lelaki benci kerana situasi sebegini. Nak keluar pergi beli ikan jer pun tapi bersiap macam nak buat konsert.

Perhubungan rumahtangga itu penting dan perlu dijaga dengan kukuh kerana perkahwinan itu sangat mulia.

Sumber : Dr Fadzillah Kamsah
Dikuasakan oleh Blogger.