Header Ads

Pasangan ini membelanjakan RM780 untuk majlis resepsi perkahwinan

Perkahwinan seharusnya diadakan dengan cara yang mudah dan teratur di samping duit budget tidak lari untuk masa hadapan hidup bersama pasangan tercinta.

Kalau awal-awal perkahwinan nak buat majlis resepsi yang gah dengan hutang puluhan ribu untuk apa. Semata-mata mendapat pujian 'majlis kau terbaik'.

Tujuan majlis perkahwinan diadakan cuma 1 sahaja, iaitu menghebohkan berita tentang hubungan sah/halal suami isteri antara kedua-dua pasangan. Jadi untuk apa buat hutang keliling pinggang kalau tak mampu.

Lihat pasangan luar negara ini, pasangan Steven dan Emily Asher dari Bristol membelanjakan 150 Sterling Pound (RM780 secara purata) untuk majlis resepi mereka di McDonalds.

Kegembiraan terserlah walaupun majlis di buat di McDonald

Tetamu undangan pula hanya seramai 33 orang. Dia berkata tentang majlis yang telah berlaku sebagai 'Hari yang paling indah dalam hidup kami'

Katanya lagi "semua orang terhibur dengan majlis ini, semua orang suka akan McDonald, kan?"

Tetamu di jemput menjamu selera

Emily menambah "Ianya hari yang sangat istimewa. Saya dapati ada beberapa orang yang memandang serong terhadap kami di McDonald, tapi saya tidak kesah - Ianya hari yang besar pada saya dan saya sangat terhibur'

Jamuan untuk tetamu 

Tidak ketinggalan kereta mewah ini

Sumber berita: Blogserius
Berita asal : Mirror
Dikuasakan oleh Blogger.